Dah lama x bercerita di sini.. memandangkan web aku dah ada, terus aku lupa blogspot aku ni.. hehehe.. ok la, skrg aku nak declare yg blogspot aku ni hanya utk coretan aku sahaja dan web aku pulak utk segala galeri gambar aku.. kalau nak tgk gambar sila la ke web aku yer..
Dalam 2 minggu yang lepas, (betul ke x) sibuk org dok kempen or demo anti zionis sbb si zionis dah mencabul hak2 manusia. Rampas kapal dan bunuh aktivis2 dlm program kemanusiaan di Gaza.
Kat alam realiti, buat demo, kat alam maya pulak, tukar gambar profile sbg tanda protes.
Aku sejak dulu lg x berkenan dgn cara-cara utk protes ni. Masa dok usm dulu pun, ada org cadangkan utk buat perarakan aman utk menyokong keamanan. Aku fikir masa tu, benda ni buat habis duit, masa dan tenaga je. Aku x tau apa kesan pada mata dunia. Lagi2 si zionis ni, langsung la diaorg x ambik port. Diaorg mesti ckp "ada aku kisah".
Kat alam maya pulak, yg femes skrg ni facebook. "sila tukar gambar profile anda kepada warna hitam tanda protes bla bla bla bla bla". Kalau yg x tukar tu, tanda dia x sokong ke? kalau geng zionis tgk pun, mesti dia ckp "ada aku kisah? aku tetap boleh tembak, bom, bunuh org muslim palestin". Kita nak harap Barrack Obama tgk protes kita ke? Org protes depan white house pun dia wat bodo je.. sbb zionis ni sekutu kuat dia.. nak harapkan PBB? tgk saper yg pegang kuasa veto dalam tu..
Oh ye, aku bukannya penyokong zionis ni, cuma aku x berkenan ngan cara kita jer.. Kadang2 kita lupa, kita ni ada Yg Maha Berkuasa atas setiap perkara.. cuma kita kena meminta je padaNya.. sbb 'Doa adalah senjata org Muslim". Tp kan kita pun lupa gak, doa yg makbul adalah doa org taat padaNya.. persoalannya, ADAKAH KITA TAAT PADA-NYA?








































